Popular Posts

Sunday, 3 April 2011

Berakhirnya Kem Asas Pertolongan Cemas SJAM-SMKTK

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 3 April 2011 tamatlah sudah Kem Pertolongan Cemas SJAM-SMKTK setelah 3 hari bakal-bakal anggota SJAM Campuran bersama-sama guru pembimbing dan para senior berkampung di perkarangan blok F, SMK Taman Keramat.

Kem yang dihadiri oleh 47 orang peserta pelbagai tahap umur bagi mengambil ujian kelayakan pemakaian uniform ini menyaksikan kelulusan 100% oleh kesemua mereka.

Antara pegawai yang terlibat dalam memberi tunjuk ajar dan panduan sepanjang kem ini berlangsung ialah Tuan Suresh dari ibu pejabat Kawasan Selangor Timur, Tuan Mohanadasan dari SJAM Academy of Pre Hospital Care yang juga merupakan pegawai dari ibu pejabat kebangsaan, Tuan Magendran, Tuan Kumaralingam, Tuan Gurdeep Singh, dan Tuan Vickram.

Yang menariknya, kehadiran 2 orang pegawai senior yang selama ini menjadi tunjang kepada wujudnya SJAM Taman Keramat telah berjaya menarik perhatian para bakal anggota. Mereka yang disebutkan adalah Tuan Zaharuddin Ujang dan Madam Salama Mohd Latip. Tanpa mereka, St. John Taman Keramat tidak akan berkembang sehingga kini. Adalah suatu penghormatan bagi kami untuk menerima kedatangan 2 wira yang telah memartabatkan divisyen Melayu tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Secara keseluruhan, aktiviti rasmi pertama St. John Ambulans Malaysia SMK Taman Keramat boleh dikira sebagai satu kejayaan. Namun, masih banyak cabaran masa hadapan yang harus ditempuhi oleh para kadet dan anggota dewasa.

Dengan segala persediaan spiritual, mental dan fizikal, insya Allah kita semua akan mampu untuk berdepan dengan apa sahaja kemungkinan!

p/s: Foto sepanjang aktiviti kem berlangsung akan dimuat naik dalam masa terdekat. Teruskan menjadi pembaca setia blog ini :) 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di sini.