Popular Posts

Saturday, 16 April 2011

Pertandingan Kawad Kaki SJAM-SMKTK

Salam.

Pada hari Sabtu, 16 April yang lalu, St. John Ambulans SMK Taman Keramat telah menyertai pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Dalam pertandingan itu, mereka telah berjaya mendapat tempat ke-2. Tahniah diucapkan.

Semoga kalian dapat membuat persediaan yang rapi bagi menyertai pertandingan kawad kaki peringkat daerah yang akan berlangsung di SMK Kundang pada 27 April ini.


p/s: Saya tidak mendapat makluman tentang pertandingan yang berlangsung tempoh hari. Oleh itu tiada foto yang diambil pada masa itu.

Sunday, 3 April 2011

Berakhirnya Kem Asas Pertolongan Cemas SJAM-SMKTK

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 3 April 2011 tamatlah sudah Kem Pertolongan Cemas SJAM-SMKTK setelah 3 hari bakal-bakal anggota SJAM Campuran bersama-sama guru pembimbing dan para senior berkampung di perkarangan blok F, SMK Taman Keramat.

Kem yang dihadiri oleh 47 orang peserta pelbagai tahap umur bagi mengambil ujian kelayakan pemakaian uniform ini menyaksikan kelulusan 100% oleh kesemua mereka.

Antara pegawai yang terlibat dalam memberi tunjuk ajar dan panduan sepanjang kem ini berlangsung ialah Tuan Suresh dari ibu pejabat Kawasan Selangor Timur, Tuan Mohanadasan dari SJAM Academy of Pre Hospital Care yang juga merupakan pegawai dari ibu pejabat kebangsaan, Tuan Magendran, Tuan Kumaralingam, Tuan Gurdeep Singh, dan Tuan Vickram.

Yang menariknya, kehadiran 2 orang pegawai senior yang selama ini menjadi tunjang kepada wujudnya SJAM Taman Keramat telah berjaya menarik perhatian para bakal anggota. Mereka yang disebutkan adalah Tuan Zaharuddin Ujang dan Madam Salama Mohd Latip. Tanpa mereka, St. John Taman Keramat tidak akan berkembang sehingga kini. Adalah suatu penghormatan bagi kami untuk menerima kedatangan 2 wira yang telah memartabatkan divisyen Melayu tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Secara keseluruhan, aktiviti rasmi pertama St. John Ambulans Malaysia SMK Taman Keramat boleh dikira sebagai satu kejayaan. Namun, masih banyak cabaran masa hadapan yang harus ditempuhi oleh para kadet dan anggota dewasa.

Dengan segala persediaan spiritual, mental dan fizikal, insya Allah kita semua akan mampu untuk berdepan dengan apa sahaja kemungkinan!

p/s: Foto sepanjang aktiviti kem berlangsung akan dimuat naik dalam masa terdekat. Teruskan menjadi pembaca setia blog ini :) 

Sunday, 27 March 2011

St. John Ambulance in Malaysia

St. John Association of Malaysia
 
Who We Are

St John Ambulance in Malaysia started in 1908. From 1908 to 1938, the movement was confined to the Army and the Railways. When the war clouds were gathering in 1938, the Government decided to form the St John Ambulance Brigade in all the large states.

The members were first recruited as Stretcher-Bearers. Once they were proficient, they attended First-Aid lectures. In early 1941, regular meetings and air raid practices were held. The Government also allocated First Aid Posts to the Divisions to carry out their duties.

In September 1941, the Government introduced the Medical Auxiliary Service and all the St John Ambulance Brigade members were automatically drafted into this service. In addition, they were permitted the right to use their St John Ambulance Brigade Uniform and hold ranks. This was an encouragement to all officers and members because of the recognition given to the movement. Furthermore, all members of the St John Ambulance Brigade were paid a war allowance that was given in 1946.

When the Japanese declared war on 8 December 1941, the St John Ambulance Brigade members did magnificent work in all the First Aid Posts. Many members withdrew to the South together with the Armed Forces when the Japanese Forces captured their towns. Many more served in the battle of Singapore and lost their lives for the Service to Humanity.

St John Ambulance was the only voluntary organisation in Malaya then that rendered medical services before and during the war.

The British Military Forces re-occupied Malaya in 1945 and re-organisation of all departments and institutions started. From 1959 onwards, the movement functioned in all the States in Malaya.

In 1972, the St John Ambulance Association and St John Ambulance Brigade within Malaysia, were amalgamated into one Corporation known as the St John Ambulance of Malaysia. This was made possible with the passing of the St John Ambulance of Malaysia (Incorporation) Act, 1972 by the Parliament.
Malaysia at a glance

Malaysia is a federation of thirteen states and three federal territories in Southeast Asia with a total landmass of 329,847 km². The capital city is Kuala Lumpur while Putrajaya is the seat of the federal government. The country is separated into two regions — Peninsular Malaysia and Malaysian Borneo — by the South China Sea. Malaysia borders Thailand, Indonesia, Singapore, Brunei and the Philippines.

The Federation of Malaya achieved independence from the United Kingdom on August 31, 1957. Singapore, Sarawak, British North Borneo and the Federation of Malaya federated to form Malaysia on September 16, 1963.

The population of Malaysia is approximately 25 million in 2007. The Malays forms the majority of the population while there are sizable Chinese and Indian communities. Islam is the largest as well as the official religion of the federation.

The Southeast Asian nation experienced an economic boom and underwent rapid development during the late 20th century and it is often referred to as a newly industrialized country. In 2006 Malaysia was ranked as 63rd in the United Nation’s Human Development Index.
 
What We Do 

Activities include:

Public Duties at major events
Caring for the Sick Training
First aid Training
CPR training for the public
Non-Emergency Ambulance Service in most states
Haemodialysis service in Malacca, Klang, and Penang
Home Nursing Service
Blood Donation Campaign
24 hour Emergency Ambulance Service
Highway Emergency Ambulance Service during Festive Seasons
AIDS programme
Anti-Drug Abuse programme
Youth Programme

There are over 50,000 St John Cadets and Juniors in Malaysia. Secondary school children are required to join a uniformed organisation so St John is very popular in schools.


Source: http://www.orderofstjohn.org/malaysia

Wednesday, 9 March 2011

Perkhemahan Asas Pertolongan Cemas

Assalamualaikum w.b.t.

Makluman kepada semua anggota mahupun bekas anggota St. John Ambulans Malaysia SMK Taman Keramat.

Sekolah kita bersama-sama dengan pihak St. John Ambulans Malaysia Kawasan Selangor Timur akan mengadakan perkhemahan berserta peperiksaan bagi anggota-anggota baru dan yang mahu memperbaharui keahlian.

Butirannya adalah seperti berikut:

Hari : JUMAAT-AHAD

Tarikh: 1-3 APRIL 2011

Masa: 16:30 hrs (Jumaat) - 17:00 hrs (Ahad)

Bayaran : RM 35 seorang (Makanan, nota, yuran peperiksaan dll.)

Kepada yang berminat atau jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui emel di sjamsmktk@gmail.com atau hantarkan SMS ke 013-2763689 sebelum 20 Mac 2011. Penyertaan adalah terhad. 

Tuesday, 8 March 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang kepada seluruh anggota St. John Ambulans Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat tidak kira samada yang masih di bangku sekolah mahu pun bekas pelajar.

Blog ini dibuka bertujuan untuk merealisasikan impian para anggota untuk merapatkan silaturrahim di samping berkongsi maklumat berkaitan persatuan, memaklumkan berita dan aktiviti yang dijalankan oleh St. John Ambulans.

Diharapkan dengan wujudnya blog ini kita akan dapat menghubungkan kembali tali persaudaraan dan ukhwah yang terjalin sejak sekian lama.

Sekian.

Moderator

'Perkhidmatan Bagi Manusia'